Thursday 30 August 2012


   Khamis 30 august 2012


Bismillahirrahmanirrahim



Assalamualaikumwarahmatullah..

Terlebih dahulu marilah kita mengucapkan syukur kepada Allah SWT dan berselawat keatas Rasul kerana masih diberikan peluang untuk bernafas dimuka bumi ini, masih diberi peluang untuk meningkatkan amal ibadah dan juga masih diberi peluang untuk bertaubat dan menyucikan segala dosa-dosa kita.

 Ketahuilah sahabat2 ku,
 tugas kita sebagai pemuda bukanlah sesuatu yang mudah. Kita semua hanyalah insan biasa, yang membezakan kita adalah iman dan amal ibadah kita.Marilah sama-sama kita tingkatkan ilmu dan amal ibadah kita agar lebih diberkati, disayangi oleh Allah SWT. Niatkan ikhlas kerana Allah SWT semata-mata. Janganlah hanya kerana manusia, mahu dipandang baik dan mulia disisi manusia.Sebagai permulaan, eloklah kiranya kita membetulkan diri kita dahulu sebelum mahu membetulkan diri orang lain.Tunjukkan keperibadian dan sifat yang baik, menjaga ikhtilat dan aurat kita. Ianya juga adalah salah satu cara penyebaran dakwah kepada rakan-rakan dan insan disekeliling kita. Dakwah itu tidak semestinya melalui butir bicara dan ceramah sahaja. Melalui tingkah laku dan teladan yang baik juga boleh dijadikan sebagi satu cara untuk kita berdakwah.


Pemuda yang baik boleh dijadikan sahabat yang sejati

trying to be a real boy .....

oh lelaki
oh rijal
oh sybab.....
 

No comments:

Post a Comment